Secebis peringatan~

Bilamana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat utk meloloskan diri.. sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu... jgn pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabitah perjuangan... walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah kemenangan pasti tiba...derita kita adalaah derita umat terdahulu, penat kita hari ini untuk generasi akan datang... teruskan beramal kerana Allah~

Friday 9 September 2011

:: Tarbiyah ::

salam keriuhan kepada sidang pembaca...

entry kali ni chingu nak copy dan edit sikit dari enty penulis lain yang menarik hati untuk di copy !! ngee=)


Kenapa selama ini kita memilih untuk ditarbiyyah ?
Ya, kerana tarbiyyah Islamiyyah ini mampu mengubah diri kita.
Ya, kerana pilihan untuk memilihnya terletak dalam tangan kita.


Kita membenarkan jiwa kita untuk mencintai tarbiyyah.
Kita persembahkan diri kita kepada dunia gaya seorang manusia yang ditarbiyyah.


Namun, adakah kita pernah menyukat setakat mana kita bersedia untuk ditarbiyyah ?
Bersedia dari segi masa.
Bersedia dari segi keupayaan diri.
Bersedia dari segi hati.
Bersedia dari segi semangat.


Pada saya, sejujurnya, masa tidak akan menunggu kita kerana masa adalah makhluk Allah yang juga ‘hidup’, akan berjalan terus-menerus. Manusia pula, masih menangguh masanya untuk berubah.
Terasa berat akan nilainya suatu perubahan.
Terasa sukar akan perubahan yang ingin dilakukan.


Namun, saya menyebut juga faktor masa di atas.
Tetapi saya tetap menyalahkan manusia, bukan masa.
Hak masa itu terletak kepada manusia kerana manusia yang lebih tahu bagaimana cara yang sebetulnya untuk menggunakan masa.

Masa itu akan jadi tidak berguna sekiranya kita menangguh masa untuk berubah atau menerima tarbiyyah Islamiyyah yang sememangnya banyak di sekeliling kita.
Jangan pernah kata tiada, sebaliknya anda yang sebenarnya hanya sibuk mengatakan, ‘ Aku tidak mahu.’
Tiada istilah ‘ Aku tak dapat hidayah lagi.’
Hanya malas atau rajin  bagi mereka yang berusaha mencarinya.

ya ! persoalan di sini bukan mampu atau tidak untuk kita melakukan satu transformasi, tapi mahu atau tidak mahu... selagi kita punya kemahuan yang tinggi jua kesungguhan, tiada masalah dengan halangan yang mendatang, semuanya akan jadi mudah dek mind setting kita ::

maka, asahlah kemahuan agar terus menerus segar di atas
jalan tarbiyah ini... kalaupun lemah, biarkan kemahuan menjadi penwarnya...

(^_^)

No comments:

Post a Comment