Secebis peringatan~

Bilamana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat utk meloloskan diri.. sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu... jgn pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabitah perjuangan... walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah kemenangan pasti tiba...derita kita adalaah derita umat terdahulu, penat kita hari ini untuk generasi akan datang... teruskan beramal kerana Allah~

Thursday 8 September 2011

:: Kerana Apa 1::

Selamat Pagi pada sidang pembaca...

alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas hingga ke saat ini... moga Allah terus memberi nikmat kehidupan ini dengan selautan kesyukuran dari setiap diri kita ::

Hadis 1 daripada hadis arbain atau hadis Imam Nawawi adalah berkaitan niat ... 

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

jadi, apakah kaitannya?? ngee=) dalam lapangan dakwah dan tarbiyah adalah sangat penting untuk kita mentajdid niat... kerana apa, kerana apa yang kita akan sampaikan bergantung pada niat kita... niat yang tidak kerana Allah dan Rasul akan memberi kecenderungan kegagalan pd apa yang kita sampaikan.. sebagai contoh, jika kita mempunyai mutarabbi, barangkali apa yang kita sampaikan tidak membekas pada jiwa mereka dan ini menimbulkan masalah pada pembinaan kita... Niat juga amat penting dalam kehidupan kita, tambahan pula dalam kita cuba berbakti pada jalan Allah dan Rasul, namun berpaksikan niat yang salah, tidak kah rugi pada diri kita?? rugi3 ::


Kerana apa juga kita sangat perlu sering mentajdid niat, kerana dalam kita bergerak kerja ke sana ke sini, dalam kita berbuat itu dan ini, melalui pelbagai perkara atau perlu mengharungi pelbagai rintangan dan cobaan di alam dakwah dan tarbiyah ini... barangkali kita akan sesak, atau lelah, atau letih ataukah futur... nauzubillah... jika tidak kembalikan niat kerana Allah, segala gejala2 yang membatalkan kita untuk terus bermarathon emncari redha Allah ini akan terbatal... ye! BATAL... kembalilah kita menjadi manusia biasa, bak buih di lautan... bukan lagi seorang GHURABA akher zaman yang gencar dakwah dan tarbiyahnya, yang tegar hatinya, yang kental jiwanya, yang teguh azamnya ::


:: ila mardhatillah ::


Awasi niat kita dalam apa jua kondisi, kerana manusia hanyalah manusia... tidak akan pernah sempurna bahkan sering alpa... tidak TERKECUALI mereka yang ditarbiyah ::

No comments:

Post a Comment