Secebis peringatan~

Bilamana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat utk meloloskan diri.. sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu... jgn pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabitah perjuangan... walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah kemenangan pasti tiba...derita kita adalaah derita umat terdahulu, penat kita hari ini untuk generasi akan datang... teruskan beramal kerana Allah~

Wednesday 18 January 2012

Destinasi ~

ketika mentari memancarkan teriknya
sang unggas beterbangan berkawan-kawan
mencari sesuatu di celah pepohon menghijau
keringnya air di kali
menjadikan aku pemerhati yang dahaga
yang melangkah lesu meredah debu
menuju ke sebuah destinasi
yang masih jauh, teramat jauh


apakah yang dapat kusumbangkan kepadaNya
dengan lelah langkah longlai
yang kuheret dengan rasa terpaksa
andainya kali yang kering itu
akan terus kontang bak Sahara

ya Allah
berikan aku sinaran yang pasti
agar suatu hari kelak namaku
menjadi catat dalam daftar
destinasi impian idaman kalbu
dan kukan berpayung di puncak firdaus !


Sunday 15 January 2012

T_T

mungkin lebih baik kita
berpisah sementara
sejenak sahaja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam
bersujud dalam-dalam
bertafakur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya
menjadi kupu-kupu
yang terbang menari
melantunkan kebaikan di antara bunga
menebar keindahan pada dunia


kopi dan pasta : dalam dakapan ukhuwAh, Salim A.Fillah



Monday 9 January 2012

ukhtiku ~


ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti dingin dengan air yang menjadikannya salju

ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti gembira yang membuatkan bibir senyum

ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti khusyuk yg menjadikannya doa

ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti huruf yang menjadikannya kata

ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti diriku dan dirimu yang menjadikannya satu

marilah kita bercinta sesederhana nya
kerana kita tidak tahu 
bila dia akan menjauhi kita
jika perlu membenci, maka bencilah
tetapi jangan menjauhi
kerana kita tidak tahu bila harus kembali

jangan pernah fikir kita tidak akan dimusuhi
oleh orang yg tinggal dengan kita
dan jagna berfikir seorang sahabat tidak akan bosan
dan pergi menjauhi kita

namun ukhti, 
cintailah sahabat lebih besar dari cintanya kepada kita
untuk meraih janji Allah dalam hadis oleh RAsulullah
' tidaklah dua orang yg saling mencintai
kerana Allah
kecuali orang yg lebih besar cintanya adalah yg lebih 
utama antara yg keduanya '

kopi dan pasta : virus2 ukhuwah 

Saturday 31 December 2011

Ukhuwah Itu ~

Ukhuwah iTu ~

 jangan terlalu banyak menyalahkan
kerana waktu kita sangat sempit
namun terkadang juga bergejolak
aku tak pernah menangisi dan kecewa
dengan pasang surutnya sikapnya
hanya aku betul2 menangis 
ketika dia pergi tak kembali


ukhuwah mengikat begitu banyak manusia
jika terasa mereka sudah bersatu
tak terasa kesusahan masa lalu
barangkali sisa umur kita terlalu pendek
buat apa kita terus saling menyalahkan
tanpa mengenal waktu

Tuesday 27 December 2011

iktibar si Ghulam ::

salam ceria~ C:


sekadar mahu berkongsi ilmu yg sedikit ini.. inshALlah berkaitan hadis Ghulam (see full story : GHULAM~)   
     ana tertarik pada beberapa dialog Ghulam dalam hadis nih, 


“Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”




betapa sebenarnya Ghulam sangat yakin pada Tuhannya, tempat dia meminta pertolongan. Walaupun hanya beberapa kali shaaj dia menuntut dengan kedua2 gurunya itu, dia bersikap adil dengan menyebut kedua-dua gurunya. Menyerahkan kedua-duanya kepada Allah, namun kecenderungan kepada ilmu Allah itu lebih. teringat ana pada sebuah pengisian, dalam keadaan kita seorang student, duk bertungkus lumus membalun buku2 dan asaimen2,  yakin dengan spot lecturer dsb, tetapi terkadang terlupakan sisi hubungan dan kerja kita kepada Allah.. Kalaulah lecturer ajar kita, kita boleh perform baik dalam exam, apatah lagi kalau Allah y ajar kita melalui kitab Al-Quran.. tak ke selamat medan kehidupan kita...


“Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”

ana sgt suka ayat ini, dan wajar untuk kita mengamalkannya.. tolong kita dalam urusan kita dengan apa cara y Allah sukai.. dan terkadang pada awalnya kita meminta supaya Allah mentarbiyah kita dengan apa jua cara y Dia sukai.. namun, bila kala ujian menimpa, berta rasanya nak mengimani 

' boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu
menyenangi sesuatu tetapi ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ' [2:216]

Apatah lagi kita dalam arena tarbiyah ini, kekadang berat rasanya nak berlapang dada. berlapang dada dengan cara kita ditarbiyah, dengan cara kita diapproach, dengan setiap pengarahan, dengan setiap tugasan. kenapa perlu ada ketidakpuas hatian, atau ketidak berlpangan dadaan(erk..) ? bukankah kita insan2 yg sedia ditarbiyah? bukankah kita yg memilih jalan untuk dirubah ? untuk ditempa hatinya, untuk dibentuk dirinya.. mengapa kita pula yg menjadi halangan tarbiyah itu sampai pada kita... kalaulah cara manusia mendekati dan mentarbiyah kita yg mungkin pada sisi mereka adalah benar dan terbaik untuk kita, bisa sahaja kita tidakkan, bisa sahaja kita pertikaikan, bagaimana pula dengan cara Allah yg mumkin jauh lebih sakit untuk kita terima.. namun, dalam setiap perkara yg berlaku pada kita, wajar untuk kita telitikan ia, bukankah hidup itu saling melengkapi? tidak tahu, maka bertanya.. kerana persangkaan hanya akan menjerat.. telus itu jalannya ::

Banyak dari hal keburukan yg sebenarnya akan membawa kita kepada kebaikan, yg terzahir ujian pada pandangan mata kasar kita berubah menjadi sebuah anugerah dan kenikmatan.. terkadang, kebaikan itu terkandung dalam hal yang tidak kita sukai..

:: PENGUSIRAN ADAM DAN HAWA DARI SYURGA :: setelah Allah menerima taubat Nabi Adam, maka Allah pun memberi petunjuk dan memilih Nabi Adam untuk dari tulang sulbinya dikeluarkan rasul, ulama, syuhada dan lainnya.. 

:: DAKWAH NABI NUH :: Nabi Nuh berdakwah dan tersakiti hampir 950 tahun lamanya, beliau bersabar sambil mengharap pahalaNya dan teru-terusan mentauhidkan kaumnya, siang dan malam, sembunyi mahupun terang-terangan, hinggalah Allah menolongnya dan menghancurkan kaumnya.

dan banyak lagi kisah yg ternyata memiliki nilai positif walau terpaksa dibayar dengan keperitan dan kesakitan. maka, ukhtifillah... usah rebah andai digoncangkan, usah melemah jika disakiti. Pasti akan ada sinar cahaya di hadapannya..

orang yg menyedari bahawa pilihan Allah adalah yg terbaik bagi hambaNya
akan merasakan bahawa musibah dan kesulitan apapun terasa ringan
dan dia sentiasa menantikan kebaikan Allah yg serupa
dan tidak pernah bersedih hati dengan apapun yg terjadi
semua itu disebabkan oleh keyakinanya terhadap kebaikan
kemurahan dan pilihan ALlah
pada ketika itu, kesedihan, kegundahan, dan kesempitan
hati akan lenyap, dan dia menyerahkan semua perkara 
kepada Allah.
tidak ada istilah tidak menerima, menerima,
dan murung.
tetapi sebaliknya, bersyukur dan bersabar sampai
akhirnya nanti tampak akibatnya dengan sendirinya
dan mendung musibah itu berlalu ~~

Pejuang Iman~



Ketika ku baca firmanNya;
“Sungguh tiap mukmin bersaudara.”
Aku tahu, ukhuwah tak perlu diperjuangkan
Tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman.
Aku ingat pertemuan pertama kita, akhi sayang
Dalam dua detik, dua detik saja
Aku telah merasakan perkenalan
Bahkan kesepakatan
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
Dengan iman yang menyala; mereka telah muafakat
Meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat
Ya, kubaca lagi firmanNya;
“Sungguh tiap mukmin bersaudara.”
Aku makin tahu, persaudaraan tak perlu diperjuangkan
Kerana saat ikatan melemah
Saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan
Saat kebersamaan serasa seksaan
Saat pemberian bagai bara api
Dan saat kebaikan justeru melukai
Aku tahu, yang rombeng bukanlah ukhuwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau menjerit
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu terlebih sering; imanku lah yang compang-camping
Kubaca firman persaudaraan itu, akhi sayang
Dan aku makin tahu,mengapa di kala lain diancamkan;
“Para kekasih pada hari itu,”
“Sebagian menjadi musuh sebagian yang lain,”
“Kecuali orang-orang yang bertaqwa”.
(Salim A. Fillah)

kita bukanlah pejuang ukhuwah, tetapi kita adalah pejuang iman.
tiada usaha eksternal yg harus dilakukan untuk sebuah ukhuwah
kerana ia akibat dari iman, imanlah yg berkata2 melahirkan tindakan
itupun, jika kita benar mengimani 49:10
yang lebih utama dilakukan ialah memperjuangkan kembali keimanan dalam diri 
 Mengingatkan kembali pada keimanan. 
Dan Dialah (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana [8:63]
Kerana ukhuwah hanyalah akibat dari iman. 
 kopi dan teh dr : muharikah

Thursday 10 November 2011

Status FB ~

SPIRITUAL PROBLEM SOLVING :
sakit hati ?
cek kembali penyakit2 apa sahaja yg 
telah diundang untuk bersarang dalam hati

mazmumah ~

sifat mazmumah.sedia maklum sebagai sifat yg tercela. 
dan perlu untuk sgt2 menghindari sifat ini dari bersarang di hati.
 kelak memakan diri.

apa masalah kau !!! pergi !!!!
status y menimbulkan tanda tanya mahupun tanda soal
perasaan y terpendam y cuba dielakkan menjadi dendam
KAU adalah rintik mazmumah y berada dalam diri ini
ukhti

aku masih lagi 
masih dan masih
cuba merobah diri
meninggalkan mazmumah
moga selamanya dalam keadaan masih
kerana aku tahu
tidak akan sempurna 
aku 
tidak pula bersih dari sebarang cela maksiat.