Secebis peringatan~

Bilamana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat utk meloloskan diri.. sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu... jgn pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabitah perjuangan... walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah kemenangan pasti tiba...derita kita adalaah derita umat terdahulu, penat kita hari ini untuk generasi akan datang... teruskan beramal kerana Allah~

Tuesday 27 December 2011

iktibar si Ghulam ::

salam ceria~ C:


sekadar mahu berkongsi ilmu yg sedikit ini.. inshALlah berkaitan hadis Ghulam (see full story : GHULAM~)   
     ana tertarik pada beberapa dialog Ghulam dalam hadis nih, 


“Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”




betapa sebenarnya Ghulam sangat yakin pada Tuhannya, tempat dia meminta pertolongan. Walaupun hanya beberapa kali shaaj dia menuntut dengan kedua2 gurunya itu, dia bersikap adil dengan menyebut kedua-dua gurunya. Menyerahkan kedua-duanya kepada Allah, namun kecenderungan kepada ilmu Allah itu lebih. teringat ana pada sebuah pengisian, dalam keadaan kita seorang student, duk bertungkus lumus membalun buku2 dan asaimen2,  yakin dengan spot lecturer dsb, tetapi terkadang terlupakan sisi hubungan dan kerja kita kepada Allah.. Kalaulah lecturer ajar kita, kita boleh perform baik dalam exam, apatah lagi kalau Allah y ajar kita melalui kitab Al-Quran.. tak ke selamat medan kehidupan kita...


“Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”

ana sgt suka ayat ini, dan wajar untuk kita mengamalkannya.. tolong kita dalam urusan kita dengan apa cara y Allah sukai.. dan terkadang pada awalnya kita meminta supaya Allah mentarbiyah kita dengan apa jua cara y Dia sukai.. namun, bila kala ujian menimpa, berta rasanya nak mengimani 

' boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. dan boleh jadi kamu
menyenangi sesuatu tetapi ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ' [2:216]

Apatah lagi kita dalam arena tarbiyah ini, kekadang berat rasanya nak berlapang dada. berlapang dada dengan cara kita ditarbiyah, dengan cara kita diapproach, dengan setiap pengarahan, dengan setiap tugasan. kenapa perlu ada ketidakpuas hatian, atau ketidak berlpangan dadaan(erk..) ? bukankah kita insan2 yg sedia ditarbiyah? bukankah kita yg memilih jalan untuk dirubah ? untuk ditempa hatinya, untuk dibentuk dirinya.. mengapa kita pula yg menjadi halangan tarbiyah itu sampai pada kita... kalaulah cara manusia mendekati dan mentarbiyah kita yg mungkin pada sisi mereka adalah benar dan terbaik untuk kita, bisa sahaja kita tidakkan, bisa sahaja kita pertikaikan, bagaimana pula dengan cara Allah yg mumkin jauh lebih sakit untuk kita terima.. namun, dalam setiap perkara yg berlaku pada kita, wajar untuk kita telitikan ia, bukankah hidup itu saling melengkapi? tidak tahu, maka bertanya.. kerana persangkaan hanya akan menjerat.. telus itu jalannya ::

Banyak dari hal keburukan yg sebenarnya akan membawa kita kepada kebaikan, yg terzahir ujian pada pandangan mata kasar kita berubah menjadi sebuah anugerah dan kenikmatan.. terkadang, kebaikan itu terkandung dalam hal yang tidak kita sukai..

:: PENGUSIRAN ADAM DAN HAWA DARI SYURGA :: setelah Allah menerima taubat Nabi Adam, maka Allah pun memberi petunjuk dan memilih Nabi Adam untuk dari tulang sulbinya dikeluarkan rasul, ulama, syuhada dan lainnya.. 

:: DAKWAH NABI NUH :: Nabi Nuh berdakwah dan tersakiti hampir 950 tahun lamanya, beliau bersabar sambil mengharap pahalaNya dan teru-terusan mentauhidkan kaumnya, siang dan malam, sembunyi mahupun terang-terangan, hinggalah Allah menolongnya dan menghancurkan kaumnya.

dan banyak lagi kisah yg ternyata memiliki nilai positif walau terpaksa dibayar dengan keperitan dan kesakitan. maka, ukhtifillah... usah rebah andai digoncangkan, usah melemah jika disakiti. Pasti akan ada sinar cahaya di hadapannya..

orang yg menyedari bahawa pilihan Allah adalah yg terbaik bagi hambaNya
akan merasakan bahawa musibah dan kesulitan apapun terasa ringan
dan dia sentiasa menantikan kebaikan Allah yg serupa
dan tidak pernah bersedih hati dengan apapun yg terjadi
semua itu disebabkan oleh keyakinanya terhadap kebaikan
kemurahan dan pilihan ALlah
pada ketika itu, kesedihan, kegundahan, dan kesempitan
hati akan lenyap, dan dia menyerahkan semua perkara 
kepada Allah.
tidak ada istilah tidak menerima, menerima,
dan murung.
tetapi sebaliknya, bersyukur dan bersabar sampai
akhirnya nanti tampak akibatnya dengan sendirinya
dan mendung musibah itu berlalu ~~

No comments:

Post a Comment