Secebis peringatan~

Bilamana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat utk meloloskan diri.. sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu... jgn pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabitah perjuangan... walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah kemenangan pasti tiba...derita kita adalaah derita umat terdahulu, penat kita hari ini untuk generasi akan datang... teruskan beramal kerana Allah~

Monday 9 January 2012

ukhtiku ~


ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti dingin dengan air yang menjadikannya salju

ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti gembira yang membuatkan bibir senyum

ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti khusyuk yg menjadikannya doa

ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti huruf yang menjadikannya kata

ukhti
aku ingin mencintaimu dengan sederhana
seperti diriku dan dirimu yang menjadikannya satu

marilah kita bercinta sesederhana nya
kerana kita tidak tahu 
bila dia akan menjauhi kita
jika perlu membenci, maka bencilah
tetapi jangan menjauhi
kerana kita tidak tahu bila harus kembali

jangan pernah fikir kita tidak akan dimusuhi
oleh orang yg tinggal dengan kita
dan jagna berfikir seorang sahabat tidak akan bosan
dan pergi menjauhi kita

namun ukhti, 
cintailah sahabat lebih besar dari cintanya kepada kita
untuk meraih janji Allah dalam hadis oleh RAsulullah
' tidaklah dua orang yg saling mencintai
kerana Allah
kecuali orang yg lebih besar cintanya adalah yg lebih 
utama antara yg keduanya '

kopi dan pasta : virus2 ukhuwah 

No comments:

Post a Comment