Secebis peringatan~

Bilamana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat utk meloloskan diri.. sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu... jgn pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabitah perjuangan... walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah kemenangan pasti tiba...derita kita adalaah derita umat terdahulu, penat kita hari ini untuk generasi akan datang... teruskan beramal kerana Allah~

Monday 12 September 2011

:: CoretCoret Kuliah ::

salam ceria buat sidang pembaca...

Kelmarin, ribuan pelajar2 ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang telah pun kembali mengaktifkan title mereka sebagai mahasiswa dan mahasiswi... masing2 sibuk menguruskan akademik, tempat tinggal dan tak terkecuali menguruskan wang pinjaman mereka ... =)

Dr Impian

Kelas pertama pun berlangsung dan seperti biasa, sesi p&p belum pun bermula... sesi perkenalan diri pensyarah mengambil tempat... seorang pensyarah berkelulusan phD.. DR IMPIAN... setelah selesai Pensyarah memperkenalkan diri, beliau mula ber cotcet tentang subjek yang akan diajari... MGT538-Personal Development... memang betul2 develop lah... hoho... kerana apa chingu kata begitu ? mari baca lagi tentang tips yang Dr Impian kongsikan pd kami...

  • sediakan 3 kepingan kertas 
  • kepingan pertama tuliskan 3 impian yang hendak dicapai 3tahun akan datang
  • lakukan perkara yang sama pada kepingan ke 2 dan ke 3 tetapi dalam tulisan yang lebih pantas
  • setelah itu, letakkan kepingan pertama dalam wallet 
  • kepingan kedua pula lekatkan di dinding atau cermin solek dan yg ke 3 letakkan di dlm bantal
ahaks !! ini la step2 nya... kemudian petua tips ni pula, setiap kepingan kertas ini hendaklah dibaca sebanyak 1kali sekurang2nya sehari dan lakukan secara istiqamah dalam masa 21hari dan perlu membaca dalam keadaan berdoa... Dr ada kongsikan juga, petua melakukan sesuatu perkara selama 21 hari berturut2 adalah sala satu cara yg Rasulullah ajarkan... juga oleh pakar motivasi terkenal... antara impian yang Dr Impian telah capai sejak beliau me setup impian pada Dis 2009 adalah shopping di US, memiliki sebuah banglo dan memiliki Mercedez B class... dan 2impiannya telah tercapai... impian ke3 dalam proses... pergh ! sangat menerujakan kami... ok ! ini sahaja coratcoret Dr Impian ::

Tersedar
dalam Chingu khusyuk mendegar impian yg pernah 
diangan2kan Dr Impian menjadi realiti,
Chingu juga tersedar satu perkara tentang impian dr impian
sejak beliau kecil-bersar...

impian sememangnya wajar untuk kita miliki, angan2 perlu untuk kita berusaha ke arah pencapaian impian tersebut... tidak salah memiliki impian dan berangan2... namun, persoalannya adalah jenis2 impian yang kita cuba capai ini berpaksikan apa? wajar sahaja mengimpikan material seperti memiliki kereta, rumah dan sebagainya... namun, sekali lagi chingu tanyakan... berpaksikan apa ?? usaha untuk mencapai impian kita kan berlaku dengan cara yg bagaimana ?? berbuat dengan kaca mata dunia atau akhirat ??




No comments:

Post a Comment