Secebis peringatan~

Bilamana diri diwaqaf untuk perjuangan Islam, jgn sesekali berniat utk meloloskan diri.. sekali melangkah kehadapan maka teruskan langkah itu... jgn pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabitah perjuangan... walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah kemenangan pasti tiba...derita kita adalaah derita umat terdahulu, penat kita hari ini untuk generasi akan datang... teruskan beramal kerana Allah~

Sunday 2 October 2011

:: Terjumpa Ini ::

Salam Ceria sidang pembaca. inshAllah nak berkongsi hasil tinjauan.. 


Sejuk di hati
bagaikan embunan yang membasahi tekak
di tengah panasan sahara

begitulah juga cinta dan kerinduan yang mengirinya setelah itu
ia menyegarkan
mengasyikkan
namun pasti datang setelah itu
keperitan dalam perpisahan
mahupun kerinduan yang berpanjangan.

namun cinta dan kasih itu indah
ia mengikat jiwa-jiwa
ia menjadi gurindam pengubat jiwa yang lara

mahupun memberi tenaga pada jasad yang kelelahan kepenatan
ia menjadi ‘misbah’ pelita yang sentiasa menyuluh menerangi

kerana ia adalah pemberi harapan di atas perjalanan
ramai manusia asyik dengan cinta
leka dengannya
akhirnya tersadung kerananya

ramai juga manusia menjadi hidup dengan cinta
bertenaga dengannya
mahupun mendapat nafas baru dan kehidupan bercahaya kerananya

kerana cinta itu teramat istimewa
apabila tersandar awalnya
pada yang Esa.

Kerana kerinduan yang akan mengiringinya
pasti akan menjadi senandung malam
yang walaupun memberikan sedih di jiwa
pasti juga memberi sinar harapan.

Samada bertemu di sini, mahupun di sana nanti.
juga mengandung pahala beserta pujian
pada yang Esa

No comments:

Post a Comment